Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh
syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat
unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan
bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu,
bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?.
Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan
apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah
aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran
konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad
derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga
diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan
derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang,
adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang
anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia
adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat
diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
No comments:
Post a Comment